Friday 28 December 2012

Majlis Anugerah Kokurikulum Daerah Jerantut 2012

Pendaftaran penerima anugerah
Menunggu ketibaan Ketua Sektor SPK
Ketua Sektor SPK diarak ke Dewan PPD Jerantut
Paluan kompang oleh murid SK Pedah
Melihat persembahan silat
Persembahan silat oleh murid SK Kampung Baharu Jerantut
Penyampaian Anugerah Kokurikulum
Gelagat penerima anugerah....
Persembahan Sajak oleh pelajar Tingkatan 1 SMK Inderapura









Saturday 10 November 2012

Kursus Pengenalan Paintball Pelajar Asrama Negeri Pahang


Gaya Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran  Pahang & Ketua Unit SPK PPD Jerantut semasa Kursus Pengenalan Paintball Pelajar Asrama Negeri Pahang yang telah diadakan di Kuantan pada 2-4 November 2012. Pelajar asrama seluruh negeri pahang telah didedahkan dengan kemahiran paintball. Kesepakatan dan kesefahaman amat penting dalam pertandingan paintball. Ciri-ciri keselamatan juga harus diberi perhatian oleh semua peserta agar ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada peserta.
Bersama barisan pasukan SMK Padang Saujana
Bersama barisan pasukan SMK Temin
KU SPK PPD Jerantut bersama pasukan SMK Temin
KS SPK & KU SPK bersama pasukan SMK Padang Saujana, Jerantut
Ketua Unit SPK PPD Jerantut bersedia untuk bertempur
Gaya seorang Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Bersedia untuk bertempur............
SMK Padang Saujana Jerantut, Johan Perempuan
SMK Temin Jerantut,  Naib Johan Lelaki
 

Penilaian PPDa Kebangsaan 2012

Kenangan bersama barisan hakim yang diketuai oleh En. Salim bin Daim
28 Oktover 2012 - Sudut/Lorong PPDa SMK Temin telah dinilai di peringkat kebangsaan. SMK Temin merupakan 5 daripada 11 buah sekolah di seluruh negeri yang telah terpilih untuk dinilai bagi kategori Sudut/Lorong PPDa setelah penilaian melalui cetakan dijalankan. Tahniah kepada warga SMK Temin yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan PPDa di sekolah. Kesungguhan S/U PPDa En. Omar Bin Aziz serta jawatankuasa telah membuahkan hasil. Sudut/Lorong PPDa di SMK Temin telah diwujudkan sejak tahun 2006 lagi. Sudut/Lorong PPDa amat penting diwujudkan di semua sekolah kerana ianya dapat memberi maklumat secara kekal kepada semua warga sekolah.Tahniah kepada Pegawai Khas PPDa Jerantut En. Muhammad Faiz bin Mahyudin yang berjaya memimpin SMK Temin dalam pengurusan PPDa.
Terima kasih juga kepada para hakim yang sudi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Sudut/Lorong PPDa. "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".

Wednesday 24 October 2012

Sejenak Bersama Pasukan Berbasikal Negara


22 Oktober 2012 - Program sejenak bersama pasukan berbasikal negara telah diadakan di SK Temin sempena Program Gaya Hidup Sihat Lestari Temin. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan gaya hidup sihat kepada murid-murid. Di samping itu, ia memberi peluang kepada murid-murid mengenali labih dekat dengan pasukan basikal negara.Untuk mencapai kejayaan murid-murid diberi penegasan dari segi pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan kesihatan dan disiplin yang tinggi.
 
Antara Atlit Bagi Pasukan Basikal Kebangsaan
Ucapan aluan oleh Tn. Hj. Hamidun Abu Bakar, Guru Besar SK Temin
Sesi pengkosian ilmu
Penyampaian cendera hati sebagai tanda terima kasih kepada
Pengurus Pasukan Basikal Kebangsaan

Ucapan terima kasih kepada ketua Pasukan Basikal Kebangsaan,
Semoga Pasukan Basikal kebangsaan dapat mengharumkan nama negara
 
 

Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja

Ketua Unit SPK, En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin menyampaikan ceramah berkaitan tajuk
 'Harga Diri'
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin turut membimbing kumpulan
Perbincangan dalam kumpulan dibimbing oleh pegawai-pegawai dari
Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Positif dan
 Kesannya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Negatif dan
Kesanya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Kepentingan Harga Diri Dalam Kehidupan Pelajar
Seorang peserta memberi pandangan kepada pembentangan kumpulan
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya
 
22 Oktober 2012 - Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah melaksanakan Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Sekolah Rendah selama dua hari (22-23/10/2012). Dalam program tersebut ketua Unit SPK diberi ruang untuk menyampaikan maklumat berkaitan 'Harga Diri'.Dalam tajuk ini pelajar diberi penjelasan agar mewujudkan rasa tanggung jawab dalam diri setiap ahli untuk meningkatkan harga diri. Selain dari itu pelajar diberi pengukuhan agar mempunyai harga diri yang tinggi bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
 Harga Diri Merujuk KepadaNilai yang diletak oleh

 seseorang terhadap dirinya.
 Ia mempengaruhi pembentukan imej diri dan akhirnya

membentukHarga Diri” yang akan mempengaruhi

bentuk tingkah laku seseorang”.
Manakala Pegawai Khas PPDa, En Muhammad Faiz bin Mahyuddin memberi penekanan kepada Peranan Rakan Sebaya dalam kehidupan. Pelajar diberi kemahiran sebagai pembimbing rakan sebaya kerana ianya penting dimiliki oleh peserta sebagai persediaan untuk memainkan peranan membantu rakan-rakan di sekolah.

Tuesday 23 October 2012

Pengetua dan Guru Besar Diberi Taklimat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pendaftaran Pengetua dan Guru Besar di Dewan Seminar PPD Jerantut

20 Oktober 2012 - Taklimat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengetua dan Guru Besar telah dijalankan. Selaku orang nombor satu dalam pengurusan di sekolah pengetua dan guru besar seharusnya mendapat maklumat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini selaras dengan hasrat kementerian untuk menyebar luas maklumat berkaitan PPPM kepada warga pendidik dan masyarakat.
Peserta mengambil tempat setelah pendaftaran
Penjelasan bagi bab 1-4 telah disampaikan oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin,
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Penjelasan bagi bab 5 telah disampaikan oleh En. Adnan bin Abdul Kadir,
 Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut
Penjelasan bagi Bab 6,7 dan 8 telah disampaikan oleh En. Rosli bin Abdul Mubin,
 Ketua Unit Pengurusan Sekolah  Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut