Wednesday 24 October 2012

Sejenak Bersama Pasukan Berbasikal Negara


22 Oktober 2012 - Program sejenak bersama pasukan berbasikal negara telah diadakan di SK Temin sempena Program Gaya Hidup Sihat Lestari Temin. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan gaya hidup sihat kepada murid-murid. Di samping itu, ia memberi peluang kepada murid-murid mengenali labih dekat dengan pasukan basikal negara.Untuk mencapai kejayaan murid-murid diberi penegasan dari segi pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan kesihatan dan disiplin yang tinggi.
 
Antara Atlit Bagi Pasukan Basikal Kebangsaan
Ucapan aluan oleh Tn. Hj. Hamidun Abu Bakar, Guru Besar SK Temin
Sesi pengkosian ilmu
Penyampaian cendera hati sebagai tanda terima kasih kepada
Pengurus Pasukan Basikal Kebangsaan

Ucapan terima kasih kepada ketua Pasukan Basikal Kebangsaan,
Semoga Pasukan Basikal kebangsaan dapat mengharumkan nama negara
 
 

Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja

Ketua Unit SPK, En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin menyampaikan ceramah berkaitan tajuk
 'Harga Diri'
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin turut membimbing kumpulan
Perbincangan dalam kumpulan dibimbing oleh pegawai-pegawai dari
Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Positif dan
 Kesannya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Negatif dan
Kesanya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Kepentingan Harga Diri Dalam Kehidupan Pelajar
Seorang peserta memberi pandangan kepada pembentangan kumpulan
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya
 
22 Oktober 2012 - Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah melaksanakan Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Sekolah Rendah selama dua hari (22-23/10/2012). Dalam program tersebut ketua Unit SPK diberi ruang untuk menyampaikan maklumat berkaitan 'Harga Diri'.Dalam tajuk ini pelajar diberi penjelasan agar mewujudkan rasa tanggung jawab dalam diri setiap ahli untuk meningkatkan harga diri. Selain dari itu pelajar diberi pengukuhan agar mempunyai harga diri yang tinggi bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
 Harga Diri Merujuk KepadaNilai yang diletak oleh

 seseorang terhadap dirinya.
 Ia mempengaruhi pembentukan imej diri dan akhirnya

membentukHarga Diri” yang akan mempengaruhi

bentuk tingkah laku seseorang”.
Manakala Pegawai Khas PPDa, En Muhammad Faiz bin Mahyuddin memberi penekanan kepada Peranan Rakan Sebaya dalam kehidupan. Pelajar diberi kemahiran sebagai pembimbing rakan sebaya kerana ianya penting dimiliki oleh peserta sebagai persediaan untuk memainkan peranan membantu rakan-rakan di sekolah.

Tuesday 23 October 2012

Pengetua dan Guru Besar Diberi Taklimat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pendaftaran Pengetua dan Guru Besar di Dewan Seminar PPD Jerantut

20 Oktober 2012 - Taklimat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengetua dan Guru Besar telah dijalankan. Selaku orang nombor satu dalam pengurusan di sekolah pengetua dan guru besar seharusnya mendapat maklumat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini selaras dengan hasrat kementerian untuk menyebar luas maklumat berkaitan PPPM kepada warga pendidik dan masyarakat.
Peserta mengambil tempat setelah pendaftaran
Penjelasan bagi bab 1-4 telah disampaikan oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin,
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Penjelasan bagi bab 5 telah disampaikan oleh En. Adnan bin Abdul Kadir,
 Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut
Penjelasan bagi Bab 6,7 dan 8 telah disampaikan oleh En. Rosli bin Abdul Mubin,
 Ketua Unit Pengurusan Sekolah  Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut

10 Ribu Langkah Sempena Program Lestari Temin

Pegawai Pelajaran Daerah, En Adnan bin Kadir melepaskan peserta 10 ribu langkah,
disaksikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Unit SPK, Guru Besar,                   GPK Kokurikulum dan YDP PIBG
Antara sebahagian pegawai di PPD Jerantut yang dapat bersama
Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En. Adnan bin Abdul Kadir
Senaman 1 Murid 1 Sukan turut dijayakan di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut

Sunday 21 October 2012

Alumni Sahabat PPDa Kebangsaan di Kelantan

Bersalam dengan Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia selaku tohoh perasmi

Saturday 13 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Perlu Disampaikan Kepada Semua Pegawai

13 Oktober 2012 - PPD Jerantut, taklimat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada pegawai-pegawai di pejabat telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.Taklimat bagi bab 1,2 dan 3 telah disampaikan oleh En. Adnan bin Abdul Kadir, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Bab 1,2 dan 3 memberi tumpuan kepada Konteks, Aspirasi dan Prestasi Semasa. Bagi bab 3 dan 4 yang memberi tumpuan berkaitan Pembelajaran Murid serta Guru dan Pemimpin Sekolah telah disampaikan oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua unit SPK. Manakala bagi bab 6, 7 dan 8 pula yang berkaitan Tranformasi Kementerian, Struktur Sistem dan Pelaksanaan Pelan Tindakan telah disampaikan oleh En. Rosli bin Mubin, Ketua Unit Pengurusan Sekolah.
Tranformasi Pendidikan ini melibagkan tiga gelombang yang bermula 2013 dan berakhir 2025. Pada Gelombang Pertama ia memberi tumpuan untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memfokuskan kemahiran utama melalui:-
1. Menambahbaik pengajaran di bilik darjah.
2. Meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah.
3. Meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris
 
Bagi Gelombang ke dua pula memacu kecekapan sistem dengan melaksanakan perubahan struktur termasuklah:-
1. Melaksanakan pakej kerjaya bahru.
2. Menstruktur semula KPM.
3. Memperkenalkan KSSM dan KSSR yang disemak.
 
Manakala bagi Gelombang ke tiga mengajak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri yang meliputi:-
1. Meningkatkan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya.
2. Menggerakkan pengurusan berasaskan sekolah.
3. Menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
 
Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan pegawai yang hadir dan memberi komitmen sepenuhnya dalam taklimat ini.
 
En. Adnan bin Abdul Kadir, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut
Jamalrudin bin Hj. Samsudin
En. Rosli bin Abdul Mubin