Sunday 30 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Daerah Jerantut

22 September 2012 - SK Jerantut Jaya telah dipilih sebagai lokasi bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Daerah Jerantut pada kali ini. Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang telah menunjukkan satu gerak kerja yang begitu mantap. Terima kasih juga kepada Dato' Lau Lee yang sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Penyampaian Cenderamata telah diadakan sebagai tanda perasmian.
Persembahan murid-murid
Penyampaian hadiah kepada murid oleh Penyelia Kokurikulum
Penyampaian hadiah kepada murid oleh Ketua Unit SPK
Ucapan Perasmian oleh Dato' Lau Lee ADUN Damak

Penyampaian hadiah kepada guru oleh ADUN Damak

Friday 28 September 2012

SJK (C) Sungai Jan Mengadakan Sambutan Pesta Kuih Bulan 1Malaysia Dengan Meriah


Pesta Kuih Bulan 1Malaysia


Program RIMUP Sempena Pesta Kuih Bulan 1Malaysia di SJK (C) Sungai Jan

Ketua Unit SPK berpeluang untuk membuat Kuih Bulan
Inilah hasilnya Kuih Bulan
Guru Besar SK Jerantut Jaya, Pengerusi Persatuan Murid Tua, Pengerusi Pengelola Sekolah, Ketua Unit  Pmbangunan Kemanusiaan, Guru Besar SJK (C) Sungai Jan & YDP PIBG
Persembahan oleh murid SJK (C) Sungai Jan
Persembahan tarian oleh murid SK Jerantut Jaya
Persembahan oleh murid SJK (C) Sungai Jan
Tarian 1Malaysia oleh murid-murid SJK (C) Sungai Jan dan SK Jerantut Jaya


21 September 2012 - Perasmian Program RIMUP dan Pesta Kuih Bulan 1Malaysia Peringkat Sekolah telah dijalankan di SJK (C) Sungai Jan. Program ini melibatkan penyertaan murid dari SK Jerantut Jaya. Tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang berjaya mengendalikan program ini dengan cemerlang. Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen dalam menjayakan program ini. Syabas dan tahniah......
 

Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012

Ketua Unit SPK En. Jamalrudin bin hj. Samsudin & Penyelia Kokurikulum En. Sharim bin Mohd Dahlan sempat melihat pameran yang diadakan sempena Majlis Perasmian Karnival Sains Dan Teknologi yang telah diadakan pada 20 September 2012 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Tahniah kepada SK Maran yang mewakili Negeri Pahang kerana dinobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan bagi kategori Saintis Muda sekolah Rendah. 
Kereta Solar
Bot Solar
Rumah Pantai Eureka
Dapur Cekap Tenaga

Thursday 27 September 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan Daerah Jerantut

 
 
31 Ogos 2012 - Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Jerantut terlibat secara langsung dalam majlis sambutan bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh Pegawai Daerah Jerantut. Pegawai-pegawai dari PPD, GPK kokurikulum dan guru-guru sekolah terpilih terlibat dalam majlis tersebut. Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen. 

Tuesday 25 September 2012

Pemantauan Pengurusan Asrama SK Kampung Pagi

28 Ogos 2012 - Pemantauan pengurusan asrama SK Kampung Pagi telah dijalankan. Pemantauan ini bertujuan melihat bagaimana asrama dapat diurus dengan baik. Kita mahu lihat semua murid yang tinggal di arsama berasa selesa dan seronok untuk tinggal di asrama. Di samping itu juga kecemerlangan murid asrama seharusnya diberi perhatian yang serius oleh pengurusan sekolah dan asrama.

 

Program Ziarah Cakna Asrama & Majlis Berbuka Puasa SK Kuala Tahan

14 Ogos 2012 - Program ziarah cakna dan majlis berbuka puasa telah dijalankan di SK Kuala Tahan. Kami tiba di SK Kuala Tahan jam 7.00 malam, program bermula dengan lawatan ke sekitar bilik penginapan dan dewan makan asrama. Didapati suasana fizikal dan keceriaan serta kebersihan dapat dikawal sebaiknya. Setelah itu, kami melihat murid bersedia untuk majlis berbuka puasa. Semua murid berada dalam keadaan tenang mengamimkan doa yang dibaca oleh wakil murid. Setelah selesai berbuka puasa kami terus ke surau untuk mengerjakan solat Maghrib dan Solat Hajat. Tazkirah "Insan Cemerlang" disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zuki yang dibawa khas dari SMKA TAHAP. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih. Rombongan turut melihat bagaimana proses berlajar malam dalam kalangan murid asrama dilaksanakan. Ketua Unit SPK turut menyampaikan motivasi kepada murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan sekolah, GPK, penyelia asrama, warden asrama, PPM asrama, pengusaha makanan asrama, guru-guru, murid-murid serta seluruh warga SK Kuala Tahan yang dapat menguruskan asrama dengan baik. Diharapkan kecemerlangan sahsiah dan akademik dapat dicapai oleh semua murid SK Kuala Tahan.
Rombongan PPD disambut mesra oleh warga SK Kuala Tahan
.
Tahniah..... Dewan makan asrama memperolehi A
Ketua Unit Pengurusan Sekolah melihat makanan murid yang disediakan
KU Pengurusan Sekolah, Penyelia Sekolah Rendah, Guru Besar & Penyelia Kokurikulum
Ceramah Insan Cemerlang oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zuki (SMKA TAHAP)
Penyelia HEM bersama Guru Besar SK Kuala Tahan

KU SPK melihat proses belajar malam murid asrama
Guru Besar turut melihat proses belajar malam
Motivasi oleh KU SPK PPD Jerantut
Minum malam bersama murid asrama
Mencatat kehadiran dalam buku lawatan sekolah dan asrama