Tuesday 12 March 2013

Cabaran Interaktif Pengguna Daerah Jerantut

Majlis Penyampaian Sijil dan hadiah kepada pelajar yang menyertai dan meraih kemenangan dalam Cabaran Interaktif Pengguna Peringkat Daerah Jerantut yang telah dijalankan pada  27 Februari 2013 di SMK Damak. Terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai cabaran. Tahniah dan syabas kepada SMK Inderapura yang merupakan Johan Cabaran Interaktif Pengguna kali ini. Terima kasih juga kepada En. Sharim bin Dahlan Penyelia Kokurikulum PPD Jerantut dan barisan Jawatankuasa yang telah menjayakan program.



Terima kasih kepada Pengetua SMK Damak  dan GPK kokurikulum yang berjaya mengurskan program dengan cemerlang.


Kenangan bersama semua pelajar yang mengambil bahagian


Kejohanan Memanah MSS Pahang di Jerantut

22- 25 Februari 2013 - Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah diamanahkan sebagai tuan rumah Kejohanan Memanah MSSP 2013. SMKA TAHAP merupakan venu kejohanan bagi tahun ini. Terima kasih kepada Pengetua dan warga sekolah yang memberi kerjasama menjayakan kejohanan. En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para atlit yang berjaya. Tahniah kepada atlit yang berjaya meraih kejayaan, bagi yang kurang berjaya teruskan usaha .
Tahniah kepada Penyelia Sukan PPD Jerantut, En. Mohd Sopian bin Mohd Kasim kerana berjaya menguruskan kejohanan dengan baik bersama pengerusi Teknik Negeri dan Pengerusi Teknik Memanah Daerah Jerantut. 
Suasana kejohanan, keadaan cuaca yang baik.

Sebahagian petugas-petugas kejohanan. Terima kasih dan tahniah atas sumbangan tuan-tuan dan  puan-puan dalam menjayakan kejohanan ini. Kerjasama semua pihak amat dihargai.



Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh En. Jalaludin bin Ismail, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang. Beliau mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan. Harapan beliau agar kontijen Pahang akan memberi persembahan terbaik sewaktu Kejohanan MSSM kelak.





Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah Peringkat Kebangsaan

Hadir ke Majlis Pelancaran Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 24 Februari 2013 di  Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Ketua Unit Pembangunan Kemanusian, En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin bersama Cikgu Mohd Hanafisah bin Jusuh yang merupakan Setiausaha PIBG SK Jerantut Jaya.

En. Rosli Abdul Mubin, Ketua Unit Pengurusan Sekolah turut hadir bersama Jurulatih  daerah yang dilantik oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut



Perkhemahan TKRS Daerah Jerantut

Perkhemahan TKRS peringkat daerah Jerantut telah dilaksanakan pada 20-22 Februari 2013 di Pusat Kokurikulum Daerah. Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En. Firdaus bin Hj. Shuaib turut hadir bagi melihat perjalanan dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perkhemahan tersebut. Tahniah kepada Cikgu Zul selaku Ketua serta jawatankuasa yang berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Peserta perkmehan berlatih kawad kaki