Saturday 23 February 2013

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Untuk Setiausaha PIBG

En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit SPK menyampaikan taklimat berkaitan peranan S/U PIBG dan perancangan program berkaitan aktiviti PIBG yang telah belangsung di Dewan Ariffin PPD Jerantut pada 19 Februari 2013. 
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.

TERDAPAT 6 ELEMEN MENYOKONG PEMBELAJARAN
1.IKLIM SEKOLAH
  a) ASPEK FIZIKAL
  b) ASPEK  SOSIAL
  c) ASPEK EMOSI
  d) ASPEK AKADEMIK
2. KOMUNIKASI BERKESAN
3. SOKONGAN TERHADAP KEJAYAAN MURID
4. TANGGUNGJAWAB BERSAMA
5. KEPUTUSAN BERSAMA
6. KERJASAMA DENGAN KOMUNITI

En. Rosli Abdul Mubin, Ketua Unit Pengurusan Sekolah merupakan Pegawai Penyelaras dalam Sarana PIBG turut menyampaikan taklimat berkaitan Sarana PIBG dan Sarana Sekolah. Sarana Sekolah merupakan alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolahibu bapa dan komuniti bagi menggalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid.


Setiausaha PIBG seluruh Daerah Jerantut hadir ke Taklimat Sarana PIBG anjuran
 Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut


En. Rafli YDP PIBG SMK Padang Saujana turut menyampaikan taklimat berkaitan
Sarana PIBG. Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta: M A L A Y S I A
En. Nazri Kaunselor Pentadbir PPD Jerantut menyampaikan taklimat berkaitan soalselidik penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Kajian ini bertujuan untuk Ibu Bapa menganalisis sendiri penglibatan dalam pembelajaran anak-anak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas keperluan-keperluan yang timbul.




No comments:

Post a Comment