Tuesday 10 July 2012

Perasmian Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

29 Jun 2012, SMK Sungai RetangPerkhemahan Bersepadu Unit Beruniform seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pendedahan kepada pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
 
     Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif.

Dengan ini, SMK Sungai Retang akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kekitaan yang mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif.

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual,

 Pelajar juga seharusnya mempunyai disiplin diri yang tinggi,berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat.

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Sungai Retang lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko-akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya mengadakan perkhemahan bersepadu dengan jayanya.

Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi.
Ucapan aluan oleh Tn. Hj. Abdul Razak bin Ismail ,Pengetua SMK Sungai Retang
Ucapan Perasmian oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit SPK
Penyampaian sijil
Hadiah bagi pasukan Unit Beruniform


.



No comments:

Post a Comment