Tuesday 17 July 2012

Perasmian Karnival Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Daerah Jerantut

Pusat Kokurikulum PPD Jerantut, 5 Julai 2012 - Perasmian Kem Aktiviti Pendidikan Luar Daerah Jerantut telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang. Karnival tersebut telah berlangsung selama 4 hari 3 malam, mulai 2 Julai 2012. Terima kasih kepada tuan KS yang dapat meluangkan masa bagi merasmikan majlis penutupan program. Kehadiran tuan sangat-sangat dialukan bagi membakar semangat dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang terlibat.
Terima kasih kepada semua jurulatih yang telah memberi sepenuh tumpuan sepanjang kem tersebut berjalan. Diharapkan peserta kem dapat menghayati segala aktiviti yang telah dijalankan.
Ketua Unit SPK, Ketua Sektor SPK & Kem Komander
Ketua Unit Pusat Kokurikulun JPN turut hadir
Para peserta lelaki
Penyelia Kokurikulum PPD Jerantut
Ucapan Perasmian Oleh Ketua Sektor
Ketua Sektor menyampaikan sijil kepada para ketua pasukan

KONSEP
Perkhemahan pendidikan luar bermaksud satu program yang melibatkan pelajar-peljar menjalani aktiviti teranvang berlandaskan kepada falsafah pendidikan luar yang melatih Individu dari segi peningkatan kemahiran fizikal, kebolehan intelek, kawalan emosi dan rohani. 


RASIONAL
Memberi kefahaman dan penghayatan kepada pelajar mengenai aktiviti pendidikan luar yang merupakan kesinambungan gerak kerja selepas egiatan pengajaran dan pembelajaran. hasrat ini juga selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

No comments:

Post a Comment