Wednesday 30 May 2012

1 Murid 1 Sukan


Guru turut berperanan lahir jaguh sukan


Peserta kursus menunjukkan isyarat satu sebagai simbolik 1 Murid 1 Sukan di SMK Padang Saujana, Jerantut, baru-baru ini. - UTUSAN/M.Rizal Nor 
JERANTUT 29 Mei - Jasa dan pengorbanan guru tidak hanya terbatas melahirkan modal insan yang cemerlang dalam akademik sahaja bahkan warga pendidik juga merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan jaguh sukan negara.
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut, Jamalruddin Samsudin berkata, guru memainkan peranan yang penting melahirkan seorang atlet berjaya.
"Sekolah umpama kilang yang mengeluarkan jaguh-jaguh sukan tanah air kerana bakat mereka bermula di bangku sekolah sebelum dikembangkan ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
"Jadi guru-guru yang ada di sekolah bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang akademik malah turut pakar dalam bidang sukan atau kokurikulum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Kursus Jurulatih Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan selama tiga hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana, di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Pengelola Cemerlang Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Hashim Abd. Rahim dan Penyelia Sukan PPD Jerantut, Supian Kasim.
Kursus tersebut disertai seramai 120 guru dari sekolah menengah dan rendah sekitar daerah ini yang dikendalikan jurulatih utama peringkat negeri melibatkan 10 jenis sukan termasuk bola sepak, bola tampar, ping pong dan badminton.
Jamalruddin berkata, kursus itu penting kerana semua pelajar sekolah sama ada menengah atau rendah perlu melibatkan diri sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan mulai tahun lepas.
"Kursus ini memberi latihan sempurna kepada para peserta bermula daripada pengenalan setiap sukan, peralatan digunakan, undang-undang dan cara bermain dan manipulasi alatan," ujarnya.
Menurutnya, kursus itu juga dapat melahirkan semangat kerjasama, komunikasi yang baik dan kreativiti guru untuk mengendalikan sesuatu jenis sukan bagi menarik minat pelajar.
Pada masa sama, peserta kursus turut diterapkan dengan cara-cara pengurusan kelab sukan, perancangan dan pengelolaan sesuatu kejohanan serta sistem pertandingan yang akan dijalankan.
"Saya berharap kursus ini dapat melahirkan guru-guru yang pakar dalam setiap jenis sukan yang dipertandingkan dan mereka berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang akan bergelar jaguh satu hari nanti selain memartabatkan sukan di daerah ini," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_07.htm

Sunday 27 May 2012

TOT Kembali ke Sekolah & Jati Diri Pelajar

22 Mei 2012 - Taklimat atau bengkel berkaitan program kembali ke sekolah dan jati diri pelajar telah dijalankan bagi memberi penjelasan kepada fasilitator. Terima kasih kepada KZ, Kaunselor SMK Kerambit yang sudi hadir dan menyampaikan taklimat dalam bengkel tersebut. Program ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia. Bagi program kembali ke sekolah akan dijalankan pada 12 Jun 2012 dan bagi program jati diri pada 19 Jun 2012. Di peringkat Daerah Jerantut SMK Jerantut akan menjadi tuan rumah bagi program kembali ke sekolah pada 12 Jun 2012. Manakala SMK Padang Saujana akan menjadi tuan rumah bagi program jati diri pada 19 Jun 2012.
KZ menyampaikan ucapan
Fasilitator yang dilantik

Majlis Penutupan Bola Jaring Negeri Pahang 2012

21 Mei 2012, SJK ( C ) Sungai Jan- Majlis penutupan telah diadakan dan majlis dirasmikan oleh Mantan Ketua Unit SPK PPD Jerantut, Tn. Hj. Ahmad Nazlan.Tahniah kepada semua jawatankuasa pengelola yang berjaya melaksanakan kejohanan yang bermula 18 Mei 2012.Terima kasih kepada Unit Sukan JPNP yang memberi kepercayaan kepada PPD Jerantut sebagai tuan rumah bagi kejohanan bola jaring kali ini. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya, bagi yang kurang berjaya boleh teruskan usaha.
Bersama Ketua Unit SPK PPD Maran

Sunday 20 May 2012

Perasmian Pencak Silat Daerah 2012

Mewakili PPD bagi Merasmikan Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah
Daerah Jerantut 2012
Antara pesilat yang menerima sijil dan hadiah pencapaian
15 Mei 2012, SK Temin- Pertandingan pencak silat peringkat daerah telah dilaksana dengan jayanya. Tahniah kepada Penyelia Kokurikulum En, Shahrim bin Mohd Dahalan dan Jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan ini. Terima kasih dan tahniah kepada Tn. Hj. Hamidun bin Abu bakar selaku Pengerusi Pengelola dan En. Junadi bin Abas GPK Kokurikulum SK Temin selaku Pengerusi Teknik Silat daerah. Terima kasih juga kepada semua juri yang telah membuat penilaian dengan teliti dan cemerlang. Bagi jurulatih-jurulatih silat dan guru pengiring, terima kasih atas kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam membimbing pelajar. Bagi pesilat yang berjaya tahniah diucapankan dan bagi yang kurang berjaya boleh cuba di lain masa. Saya selaku Ketua Unit SPK berharap agar kemahiran silat dapat digilap untuk semua pelajar terutamanyan yang tinggal di asrama. Tahniah dan syabas untuk semua yang terlibat.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri (Susu 1 Malaysia Selamat)

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Wednesday 16 May 2012

Pengarah Pelajaran Turut Serta Dalam Program Ziarah Cakna Asrama SMK JPSHAS

Menyambut ketibaan Pengarah, Ketua Sektor, KPP dan PPD
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNP
KU SPK PPDJ menyambut ketibaan KPP HEM
Bacaan doa sebelum makan bersama pelajar asrama
Pengarah Pelajaran Pahang bersalam dengan pelajar selepas Solat Maghrib
Pengarah Pelajaran Pahang dan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut
bersalam dengan guru selepas Solat Maghrib
YDP PIBG bersalam dengan pelajar selesai Solat
KPP HEM Tn. Hj. Ali Affandi menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar asrama

9 Mei 2012- SMK JPSHAS, kehadiran Pengarah Pelajaran Pahang, Ketua Sektor Akademik, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Ketua Penolong Pengarah HEM, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, Pegawai-Pegawai PPD dan YDP PIBG membuktikan bahawa asrama merupakan pusat kecemerlangan pelajar. Program dimulai dengan makan malam bersama pelajar seawal jam 6.45 petang dan diikuti dengan solat Maghrib. Selepas itu semua pelajar berkumpul di dewan bagi mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh KPP HEM. Harapan pengarah agar penghuni asrama perlu membuktikan bahawa pelajar yang tinggal di asrama lebih cemerlang berbanding dengan pelajar yang tinggal di luar.

Lawatan Pengarah Pelajaran Pahang ke Sekolah-Sekolah Lembah Tembeling

Pendaftaran guru mengikut sekolah
KU SPK bergambar kenangan dengan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Turut serta Ketua Sektor Akademik, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan KPP HEM
Ucapan Pengarah Pelajaran Pahang

9 Mei 2012- SMK Padang Piol, Pengarah pelajaran berkesempatan memberi ucapan/ceramah kepada 200 orang guru yang terdiri dari SMK Padang Piol, SMK Sungai Retang, SK Padang Piol, SK Sungai Retang, Sk Pasir Durian, SK Merting dan SK Chebong. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang hadir. Guru yang cemerlang adalah guru yang mempunyai wawasan.

Lawatan Pengarah Pelajaran Pahang ke Sekola-Sekolah Lembah Tembeling

Ucapan Pengarah Pelajaran Pahang
YB Dato' Wan Amizan turut hadir

8 Mei 2012 - SK Teh Jerantut, Pengarah berkesempatan berjumpa dengan hampir 200 orang guru dari SK Teh, SK Kuala Tembeling, SMK Kuala Tembeling, SK Pulau Mansok, SK Pedah dan SK Tanah Rom. Pengarah memberi penjelasanan tentang peranan JPN/PPD/Pengetua/Guru Besar/Guru/PIBG/Pemimpin dan masyarakat setempat dalam pembangunan sahsiah dan kecemerlangan pelajar.

Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru 2012





Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:

PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Melambangkan keteguhan semangat.

BIRU
Melambangkan perpaduan dan muhibah.


Unit SPK PPD Jerantut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.


 Tema Hari Guru Tahun 2012. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. 


Semoga semua guru tabah dalam mengharungi tugas sebagai seorang guru.

Thursday 3 May 2012

Latihan Pusat Kadet Bomba Daerah Jerantut

Tunjuk cara membuat balutan akibat patah
Tunjuk cara bagaimana membalut luka dari jurulatih
KU SPK & Penyelia Kokurikulum bersama guru pemimpin dan jurulatih pertolongan cemas
Ketua Unit SPK menyampaikan motivasi kepada kadet bomba

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Kebangsaan 2012

19 April 2012 - Majlis Penutupan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan tahun 2012 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kuantan Pahang. Tahniah kepada semua kontijen yang menyertai perkhemahan ini. Bagi pasukan yang berjaya diucapkan tahniah dan bagi yang kurang brjaya boleh cuba tahun hadapan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontijen Pahang yang menjuari keseluruhan perkhemahan kali ini. Tahniah juga kepada semua jawatankuasa pengelola dan jurulatih yang menjayakan perkhemahan ini.

Wednesday 2 May 2012

Ziarah Cakna Asrama SMK Lepar Utara

Penyelia Pendidikan Islam, Pengetua & KU SPK
Bariasn belakang - Kauselor SMK Damak, GPK HEM & Ustaz SMK Jerantut
18 April 2012, SMK Lepar Utara - Program Ziarah Cakna Asrama telah diadakan. Ketibaan kami disambut dengan hujan yang lebat. Perjalanan dari Jerantut mengambil masa 1 jam 20 minit kerana pada waktu itu jalan licin. Alhamdullilah program yang dirancang dapat juga dilaksanakan. Tahniah dan syabas kepada pengetua dan warga SMK Lepar Utara yang dapat menguskan asrama dengan baik.