Wednesday 16 January 2013

"Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama"


Transformasi Asrama Harian 2013-2020

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Transformasi Asrama Harian Mulai Tahun 2013 selaras dengan Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).   Pelaksanaan Transformasi Asrama Harian dengan Tema “ Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama “ akan dilaksanakan kepada semua asrama harian di seluruh negara. 

Salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah  Meningkatkan Bilangan Asrama Band 1 & 2 dan Mengurangkan Bilangan Asrama di Band 6 & 7.  Untuk tujuan tersebut semua asrama harian akan dibuat penarafan untuk mengenalpasti kedudukan Band Asrama mengikut standard yang ditetapkan.  Penarafan ini mengambilkira 5 bidang utama iaituPengurusan dan Pentadbiran Asrama (25%), Pengurusan Fizikal (25%), Pengurusan  dan Pelaksanaan Aktiviti (20%), Kemenjadian Murid (20%) dan Keceriaan (10%). Standard band yang ditetapkan ialah seperti berikut :

STANDARD BAND ASRAMA
Status             Markah
BAND 1         80 – 100
BAND 2         70 – 79
BAND 3         60 – 69
BAND 4         50 – 59
BAND 5         40 – 49
BAND 6         20 – 39
BAND 7         0 – 19

Matlamat

Matlamat Transformasi Asrama Harian ialah untuk menjadikan Asrama Sebagai Kediaman 
Yang Menjamin Kejayaan Murid.  Kejayaan murid yang disasarkan adalah berdasarkan kepada bakat dan potensi murid serta kebitaraan asrama yang dihuni.

Objektif

1. Meningkatkan kualiti keselamatan, kebajikan penghuni asrama agar mereka merasa
    terjamin untuk mencapai cita-cita kejayaan.
2. Mewujudkan aktiviti, suasana dan iklim di asrama yang boleh membantu penghuninya
    mengembangkan potensi dan bakat kendiri, serta menjana kemahiran diri.
3. Meningkatkan komitmen pengurusan sekolah dan asrama terhadap asrama harian dengan
    mengamalkan sifat kepedulian ( care and concern).

No comments:

Post a Comment