Thursday 26 April 2012

PELAKSANAAN SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID (SSDM) ONLINE 2012

Merujuk surat KP(BPSH-SPKD)602/09 (51) bertarikh 8 Mac 2012, bagi memantapkan pelaksanaan SSDM, Kementerian Pelajaran malaysia telah membuat penambahbaikan di mana sistem ini beroperasi secara online. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta menggunakan sistem SSDM online melalui laman sesawang KPM dalam http://apps.moe.gov.my/ssdm. Pihak sekolah perlu mengisi data sekurang-kurang sekali seminggu dan membuat analisis serta tindakan sewajarnya setiap bulan.

Saturday 21 April 2012

ZIARAH CAKNA ASRAMA SMK TEMIN

Pengetua melihat pelajar makan malam
Pengetua melihat perjalanan belajar malam
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah menyatakan harapan kepada pelajar asrama

KURSUS JURU AUDIT ISO 1901:2008

Ketua Unit SPK, En. Jamalrudin bin Samsudin, Pegawai j-Qaf En. Ridzwan Abdullah dan Penyelia Sekolah Rendah En. Azhar Zakaria  telah terlibat dengan kursus Juru Audit Iso 1901:2008 anjuran Jabatan Pelajaran Pahang. Kursus telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Rauf, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang. Terima kasih kepada Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Pahang di atas penganjuran kursus ini. Mudah-mudahan dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan kualiti pengurusan.
MS ISO 9001 : 2008
MS   = Malaysia Standard
ISO  = International Organization for
           Standardization
9001  = Keperluan Standard
2008  = Versi keluaran
Bersama barisan penceramah kursus Iso
Pegawai j-Qaf menerima sijil tamat kursus
Penyelia Sekolah Rendah menerima sijil tamat kursus
KU SPK menerima sijil tamat kursus dari KS SPK JPN Pahang
Bersama barisan peserta kursus

PERASMIAN BULAN ANTIDADAH

Persembahan pelajar
6 April 2012, Perasmian Bulan Antidadah SK Jerantut Jaya telah diadakan. Terima kasih kepada pengurusan sekolah yang sudi menyemput saya untuk merasmikan Majlis Penutupan Bulan Antidadah Peringkat Sekolah. Tahniah kepada pengurusan sekolah dan jawatankuasa pelaksana yang berjaya menjalankan pelbagai aktiviti sempena Bulan Antidadah. Aktiviti pendidikan pencegahan dadah perlu dilaksana secara berterusan agar pelajar tidak terjebak dengan dadah, rokok dan inhalan.

PENILAIAN BILIK PPDa NEGERI PAHANG

Maklumat berkaitan PPDa
En. Wan Azan bertanya tentang pengurusan fail kepada S/U PPDa
En. Amir (Kaunselor SMK Padang Saujana), En. Lah (Ketua Unit PPDa JPNP), En. Wan Azan (Penolong Pengarah PPDa JPNP) & En. Jamal (Ketua Unit SPK PPD Jerantut)
3 April 2012- Bilik sumber PPDa SMK Padang Saujana telah dinilai oleh Ketua Unit PPDa JPN dan Penolong Pengarah Unit PPDa JPNP. Terima kasih di atas kehadiran tuan, semoga kehadiran tuan membakar semangat dalam pengurusan PPDa. Tahniah dan syabas kepada pengurusan sekolah dan Setiusaha PPDa SMK Padang Saujana yang berjaya menguruskan bilik PPDa dengan baik.

ZIARAH CAKNA ASRAMA SMK KUALA TEMBELING

2 April 2012- Satu rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut yang melibatkan semua unit telah turun ke SMK Kuala Tembeling. Tahniah kepada pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan asrama kerana dapat menguruskan dengan baik.
GPK HEM melihat pelajar makan malam
Penyelia Kanan Pendidikan Islam menyampaikan tazkirah maghrib
Pegawai j-Qaf, Penyelia Pendidikan Islam & Pengetua
GPK Pentadbiran & KU SPK
Kaunselor dari SMKA TAHAP menyampaikan kemahiran belajar
KU SPK menyampaikan kata-kata perangsang kepada pelajar

Friday 20 April 2012

PEMANTAUAN KANTIN & TANDAS SMK SUNGAI RETANG

Perbincangan bersama Pengetua Tn. Hj. Razak bin Ismail serta jawatankuasa kantin  & tandas
Ketua Unit SPK berada dalam sebuah tandas
Sebahagian dari pemandangan kantin


Terima kasih kepada pengetua yang sudi menberi cenderahati sempena  pemantauan

Pemantauan terhadap pengurusan tandas dan kantin telah diadakan bagi tujuan memastikan kedua-duanya diurus dengan baik. Tahniah kepada pengetua dan semua jawatankuasa tandas dan kantin yang dapat menguskan dengan baik. Teruskan usaha, terima kasih.

Thursday 19 April 2012

PROGRAM ZIARAH CAKNA ASRAMA SMK PADANG SAUJANA

Penyelia Pendidikan Islam melihat pelajar makan malam
Ketua Unit Akademik melihat pelajar makan malam
Ceramah Insan Cemerlang selepas solat Maghrib oleh Penolong PPD j-Qaf
Program motivasi & kemahiran belajar bagi pelajar kelas peperiksaan
Melihat bagaimana pelajar belajar malam
Berbaris untuk minum malam