Tuesday 2 October 2012

Majlis Penutupan Karnival RIMUP & Semarak Merdeka 2012

Ucapan Aluan Oleh Pn. Ruhaizah binti Yusop (GPK Pentadbiran)

Ucapan Perasmian Oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin ( KU SPK)
Semua murid SK Temin terlibat dalam majlis penutupan
Persembahan Qalam Jemain (Tahun 4)
 Persembahan Sajak (Tahun 5)
Persembahan Pentomen (Tahun 6)
Pasukan Koir (Kelab Doktor Muda)
Murid dan guru menyanyikan lagu patrotik bersama-sama
Turut mengiringi (GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum)
Penyampaian hadiah kepada murid
 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program RIMP sejak tahun 1986. KPM memandang berat akan pentingnya menjalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud persefahaman dan berbaik sangka. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini perlu dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam kalangan masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni, sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai wargenegara kita seharusnya rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka. Dengan nikmat kemerdekaan, kita dapat hidup dengan lebih selesa, harmoni dan makmur. Perpaduan adalah satu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk serta dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Majlis Penutupan Karnival RIMUP dan Semarak Merdeka 2012 peringkat SK Temin kerana usaha gigih merencanakan, merancang dan menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya aktiviti yang telah dijalankan kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan murid dan warga sekolah. Inilah masanya bagi kita meluahkan rasa kencintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
 
 
 

No comments:

Post a Comment