Saturday 10 November 2012

Kursus Pengenalan Paintball Pelajar Asrama Negeri Pahang


Gaya Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran  Pahang & Ketua Unit SPK PPD Jerantut semasa Kursus Pengenalan Paintball Pelajar Asrama Negeri Pahang yang telah diadakan di Kuantan pada 2-4 November 2012. Pelajar asrama seluruh negeri pahang telah didedahkan dengan kemahiran paintball. Kesepakatan dan kesefahaman amat penting dalam pertandingan paintball. Ciri-ciri keselamatan juga harus diberi perhatian oleh semua peserta agar ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada peserta.
Bersama barisan pasukan SMK Padang Saujana
Bersama barisan pasukan SMK Temin
KU SPK PPD Jerantut bersama pasukan SMK Temin
KS SPK & KU SPK bersama pasukan SMK Padang Saujana, Jerantut
Ketua Unit SPK PPD Jerantut bersedia untuk bertempur
Gaya seorang Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Bersedia untuk bertempur............
SMK Padang Saujana Jerantut, Johan Perempuan
SMK Temin Jerantut,  Naib Johan Lelaki
 

Penilaian PPDa Kebangsaan 2012

Kenangan bersama barisan hakim yang diketuai oleh En. Salim bin Daim
28 Oktover 2012 - Sudut/Lorong PPDa SMK Temin telah dinilai di peringkat kebangsaan. SMK Temin merupakan 5 daripada 11 buah sekolah di seluruh negeri yang telah terpilih untuk dinilai bagi kategori Sudut/Lorong PPDa setelah penilaian melalui cetakan dijalankan. Tahniah kepada warga SMK Temin yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan PPDa di sekolah. Kesungguhan S/U PPDa En. Omar Bin Aziz serta jawatankuasa telah membuahkan hasil. Sudut/Lorong PPDa di SMK Temin telah diwujudkan sejak tahun 2006 lagi. Sudut/Lorong PPDa amat penting diwujudkan di semua sekolah kerana ianya dapat memberi maklumat secara kekal kepada semua warga sekolah.Tahniah kepada Pegawai Khas PPDa Jerantut En. Muhammad Faiz bin Mahyudin yang berjaya memimpin SMK Temin dalam pengurusan PPDa.
Terima kasih juga kepada para hakim yang sudi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Sudut/Lorong PPDa. "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".