Tuesday, 10 July 2012

1Murid 1Sukan medan pupuk perpaduan masyarakat majmuk

1Murid 1Sukan medan pupuk perpaduan masyarakat majmuk

Deklamasi Sajak Bahasa Cina Negeri Pahang 2012

28 Jun 2012 - Dewan Majlis Daerah Jerantut. Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri telah berjaya dilaksanakan. PPD Jerantut telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk mengelola pertandingan tersebut. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang yang memberi kepercayaan kepada PPD Jerantut untuk menguruskan pertandingan tersebut. Terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang dapat menguruskan pertandingan dengan cemerlang. Majlis dengan berbesar hati merakamkan terima kasih kepada YB Dato' Lau Lee yang dapat hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan yang kurang berjaya boleh cuba di lain ketika. Terima kasih kepada semua yang menjayakan pertandingan ini.
Ucapan Aluan oleh KU SPK
Ucapan Perasmian oleh Dato' Lau Lee ADUN Kawasan Damak
Penyampaian Cenderahati
Penyampaian sijil

Penyampaian hadiah oleh Dato' Lau Lee

Bersama barisan pemenang

Konvokesyen Doktor Muda

Ucapan perasmian oleh En. Mohamad Shohaimi ADUN Kawasan Lepar
Bersama ADUN Kawasan Lepar
Persembahan murid SK Lepar Utara 1
Pameran Kesihatan oleh sekolah yang terlibat
Johan Keseluruhan SK Temin
27 Jun 2012- SK Lepar Utara 1, Konvokesyen Doktor Muda Peringkat Daerah Jerantut telah berjaya dijalankan. Tahniah kepada SK Temin yang menjuarai keseluruhan kategori. Tahniah juga kepada murid-murid yang berjaya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh ADUN Lepar. Tahniah dan terima kkasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah berjaya menguruskan majlis dengan cemerlang. Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, PIBG SK Lepar Utara 8 dan semua yang terlibat.
Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah yang selaras dengan objektif dan strategik PBSS. Program yang berpusat di sekolah (Schoool-based program) ini bermatlamat melahirkan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berupaya menjadi agen mempromosikan kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta masyarakat umum.
Program Doktor Muda menggunakan rangka kerja "Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat" yang berasaskan  kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak sekolah, ibu bapa dan kesihatan

Friday, 6 July 2012

Audit MS ISO 9001:2008


Barisan Juruaudit

Ketua Juruaudit
Unit SPK dan unit-unit yang lain di PPD Jerantut telah diaudit oleh Pegawai dari PPD Batu Pahat dan PPD Segamat.  Terima kasih kepada semua rakan kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada juruaudit. Tahniah atas kesungguhan rakan-rakan dalam mengamalkan SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 (Quality Management Systems – QMS ). Terima kasih kepada Juruaudit yang bersedia berkongsi pengalaman dan kerjasama semasa membuat audit.

Thursday, 21 June 2012

Perasmian Program Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya

16 Jun 2012, Pusat Kokurikulum Pedah - Program ini telah berlangsung selama 4 hari tiga malam iantu bermula 13 - 16 Jun 2012. Program ini merupakan program kerjasama PPD Jerantut dengan AADK daerah. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK serta semua pegawai yang berjaya melaksanakan kem dengan cemerlang. Tahniah juga buat En. Zainal selaku kem komanden dan En. Muhamad Faiz, Pegawai PPDa PPD Jerantut. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jurulatih dan agensi yang terlibat. Begitu juga kepada pengetua dan guru pengiring yang memberi kerjasama padu dalam menjayakan kem ini.

 Pelajar merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Golongan pelajar merupakan golongan yang amat siginifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang. Bagi anak pelajar yang terlibat dengan kem ini, jati diri dan kesanggupan untuk berubah amat penting bagi memasitkan diri bebas dari ancaman dadah. Justeru, peranan pelajar sebagai agen perubahan masyarakat amat penting. agen perubahan dalam erti kata sebenar adalah merujuk kepada dari kegelapan kepada kecerahan, dari akhlak yang kurang baik kepada manusia yang beradap dan dari kurang ilmu kepada mereka yang mengangkat martabat ilmu.
Bersama Ketua Pegawai AADK, Pegawai PPDa & Penyelaras Program
Perserta bersedia untuk pemeriksaan barisan
Ucapan Perasmian Penutupan Kem
Para pelajar didik dengan disiplin diri
Ketua kumpulan yang menerima hadiah aktiviti
Pegawai PPDa turut menerima cenderamata
Bersama barisan urusetia, jurulatih & perserta

Anugerah Hari Guru Negeri Pahang 2012

15 Jun 2012, Kuala Lipis - Tahniah buat warga SMK Inderapura yang menjadi Johan 3K peringkat negeri Pahang. Begitu juga  SMK Temin yang dinobatkan Johan Sudut PPDa negeri Pahang bagi tahun 2012. Anugerah ini telah diterima sempena sambutan hari guru negeri Pahang yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Lipis. Teruskan usaha kalian agar mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan. Tahniah juga buat En. Hadzmin Hamzah Penyelia HEM selaku penyelaras 3K dan En. Mohamad Faiz Mahayudin Pegawai Khas PPDa selaku penyelaras pertandingan sudut PPDa.
Pn. Rahana binti Abdul Malik, Pengetua SMK Inderapura

Cikgu Omar bin Aziz S/U PPDa SMK Temin



Thursday, 7 June 2012

Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Pahang 2012

KUANTAN- Kejohanan pencak silat sekolah-sekolah negeri Pahang telah berlangsung selama tiga hari mulai 4 - 6 Jun 2012 di SBPI Kuantan. Tahniah kepada kontijen Jerantut yang menduduki tempat ke3 keseluruhan negeri. Kontijen Jerantut telah meraih tempat ke-2 dan ke-3 bagi 9 acara dari 12 acara yang dipertandingkan.Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kontijen daerah Jerantut meraih kemenangan. Tahniah juga kepada PPD Kuantan yang telah berjaya menganjurkan kejohanan tersebut. Bagi pesilat-pesilat yang telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang ke kejohanan peringkat kebangsaan di Perlis diharapkan teruskan perjuangan. Semoga maju jaya.
Kontijen Jerantut