Tuesday, 17 July 2012

Keperihatinan Ketua Sektor SPK

Ketua Unit SPK, Ketua Sektor SPK & Penyelia Sukan PPD Jerantut
Pengerusi Teknik, Ketua Sektor SPK & Penyelia Sukan PPD Jerantut
Ketua Sektor SPK membicarakan tentang persiapan Kem 1 Murid 1 Sukan bagi daerah Jerantut

PPD Jerantut, 5 Julai 2012 - Ketua Sektor, SPK Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membuat lawatan bagi melihat persiapan untuk Kem 1 Murid 1 Sukan bagi daerah Jerantut. Kem tersebut dijalankkan di SMK PPP Tun Razak. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem tersebut.

Thursday, 12 July 2012

Pain Ball Hari Guru Daerah 2012

4 Julai 2012- Pertandingan pain ball antara sekolah sempena sambutan hari guru telah dijalankan di Pusat Kokurikulum PPD Jerantut. Terima kasih kepada Ketua Unit Pusat Kokurikulum JPN serta pegawai dan jurulatih yang telah membantu semasa pertandingan tersebut. Tahniah kepada pasukan yang menang dan yang tidak berjaya boleh cuba tahun hadapan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

KEPUTUSAN :
JOHAN           - SMK KOTA GELANGGI 2
NAIB JOHAN - SK BUKIT DINDING
KE TIGA         - SK KOTA GELANGGI 1
KE EMPAT     - SMK JERANTUT


KU SPK turut serta
Pegawai PPDa libatkan diri dalam pertandingan
Pasukan Unit SPK PPD Jerantut { Jamal, Faiz, Mazlan, Anuar & Sharim}

Tuesday, 10 July 2012

Perasmian Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

29 Jun 2012, SMK Sungai RetangPerkhemahan Bersepadu Unit Beruniform seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan kerana ianya memberi pendedahan kepada pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
 
     Pembangunan kokurikulum perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif.

Dengan ini, SMK Sungai Retang akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kekitaan yang mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif.

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual,

 Pelajar juga seharusnya mempunyai disiplin diri yang tinggi,berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat.

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Sungai Retang lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian ko-akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya mengadakan perkhemahan bersepadu dengan jayanya.

Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi.
Ucapan aluan oleh Tn. Hj. Abdul Razak bin Ismail ,Pengetua SMK Sungai Retang
Ucapan Perasmian oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit SPK
Penyampaian sijil
Hadiah bagi pasukan Unit Beruniform


.



1Murid 1Sukan medan pupuk perpaduan masyarakat majmuk

1Murid 1Sukan medan pupuk perpaduan masyarakat majmuk

Deklamasi Sajak Bahasa Cina Negeri Pahang 2012

28 Jun 2012 - Dewan Majlis Daerah Jerantut. Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri telah berjaya dilaksanakan. PPD Jerantut telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk mengelola pertandingan tersebut. Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang yang memberi kepercayaan kepada PPD Jerantut untuk menguruskan pertandingan tersebut. Terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang dapat menguruskan pertandingan dengan cemerlang. Majlis dengan berbesar hati merakamkan terima kasih kepada YB Dato' Lau Lee yang dapat hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan yang kurang berjaya boleh cuba di lain ketika. Terima kasih kepada semua yang menjayakan pertandingan ini.
Ucapan Aluan oleh KU SPK
Ucapan Perasmian oleh Dato' Lau Lee ADUN Kawasan Damak
Penyampaian Cenderahati
Penyampaian sijil

Penyampaian hadiah oleh Dato' Lau Lee

Bersama barisan pemenang

Konvokesyen Doktor Muda

Ucapan perasmian oleh En. Mohamad Shohaimi ADUN Kawasan Lepar
Bersama ADUN Kawasan Lepar
Persembahan murid SK Lepar Utara 1
Pameran Kesihatan oleh sekolah yang terlibat
Johan Keseluruhan SK Temin
27 Jun 2012- SK Lepar Utara 1, Konvokesyen Doktor Muda Peringkat Daerah Jerantut telah berjaya dijalankan. Tahniah kepada SK Temin yang menjuarai keseluruhan kategori. Tahniah juga kepada murid-murid yang berjaya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh ADUN Lepar. Tahniah dan terima kkasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah berjaya menguruskan majlis dengan cemerlang. Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, PIBG SK Lepar Utara 8 dan semua yang terlibat.
Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah yang selaras dengan objektif dan strategik PBSS. Program yang berpusat di sekolah (Schoool-based program) ini bermatlamat melahirkan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berupaya menjadi agen mempromosikan kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta masyarakat umum.
Program Doktor Muda menggunakan rangka kerja "Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat" yang berasaskan  kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak sekolah, ibu bapa dan kesihatan

Friday, 6 July 2012

Audit MS ISO 9001:2008


Barisan Juruaudit

Ketua Juruaudit
Unit SPK dan unit-unit yang lain di PPD Jerantut telah diaudit oleh Pegawai dari PPD Batu Pahat dan PPD Segamat.  Terima kasih kepada semua rakan kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada juruaudit. Tahniah atas kesungguhan rakan-rakan dalam mengamalkan SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008 (Quality Management Systems – QMS ). Terima kasih kepada Juruaudit yang bersedia berkongsi pengalaman dan kerjasama semasa membuat audit.