Saturday, 23 February 2013

Bantuan Awal Persekolahan RM 100.00 Selesai


Taklimat GPK HEM berkaitan bantuan awal persekolahan



Bantuan Awal Persekolahan di SMK Inderapura



Bantuan awal persekolahan disampaikan oleh Tn. Hj. Nazlan bin Ideris,
wakil Ahli Parlimen Jerantut

Bantuan awal persekolahandi SMK Kuala Tembeling disampaikan oleh
YB. Dato' Wan Amizan bin  Wan Abdul Razak ADUN Tahan.





Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Jerantut,
En. Rosli bin Abdul Mubin turut hadir


Penyelia HEM dan Pegawai PPDa turut hadir di SK Kampung Baharu


Penyampaian bantuan awal persekolahan telah disampaikan oleh
YB Dato' Lau Lee, ADUN Damak




Bantuan awal persekolaha di SK Bandar Jerantut disempurnakan oleh
YB. Dato' Lau Lee, ADUN Damak



Pegawai Pelajaran Daerah, En. Adnan bin Abdul Kadir turut hadir semasa majlis
penyampaian bantuan awal persekolahan di SABK Kota Gelanggi 3




Bantuan disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Hj. Ismail,
ADUN Pulau Tawar









Wednesday, 16 January 2013

"Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama"


Transformasi Asrama Harian 2013-2020

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Transformasi Asrama Harian Mulai Tahun 2013 selaras dengan Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).   Pelaksanaan Transformasi Asrama Harian dengan Tema “ Kemenjadian Murid Tanggungjawab Bersama “ akan dilaksanakan kepada semua asrama harian di seluruh negara. 

Salah satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah  Meningkatkan Bilangan Asrama Band 1 & 2 dan Mengurangkan Bilangan Asrama di Band 6 & 7.  Untuk tujuan tersebut semua asrama harian akan dibuat penarafan untuk mengenalpasti kedudukan Band Asrama mengikut standard yang ditetapkan.  Penarafan ini mengambilkira 5 bidang utama iaituPengurusan dan Pentadbiran Asrama (25%), Pengurusan Fizikal (25%), Pengurusan  dan Pelaksanaan Aktiviti (20%), Kemenjadian Murid (20%) dan Keceriaan (10%). Standard band yang ditetapkan ialah seperti berikut :

STANDARD BAND ASRAMA
Status             Markah
BAND 1         80 – 100
BAND 2         70 – 79
BAND 3         60 – 69
BAND 4         50 – 59
BAND 5         40 – 49
BAND 6         20 – 39
BAND 7         0 – 19

Matlamat

Matlamat Transformasi Asrama Harian ialah untuk menjadikan Asrama Sebagai Kediaman 
Yang Menjamin Kejayaan Murid.  Kejayaan murid yang disasarkan adalah berdasarkan kepada bakat dan potensi murid serta kebitaraan asrama yang dihuni.

Objektif

1. Meningkatkan kualiti keselamatan, kebajikan penghuni asrama agar mereka merasa
    terjamin untuk mencapai cita-cita kejayaan.
2. Mewujudkan aktiviti, suasana dan iklim di asrama yang boleh membantu penghuninya
    mengembangkan potensi dan bakat kendiri, serta menjana kemahiran diri.
3. Meningkatkan komitmen pengurusan sekolah dan asrama terhadap asrama harian dengan
    mengamalkan sifat kepedulian ( care and concern).