Monday, 27 May 2013

Perasmian Program PPDa SMK Damak

SMK Damak - Majlis perasmian program PPDa peringkat sekolah telah dijalankan pada         19 April 2013.  Terima kasih kepada pengetua  SMK Damak yang menjemput saya untuk menyempurnakan majlis.Tahniah kepada jawatankuasa program yang berjaya menjalankan aktiviti PPDa di peringkat sekolah. Setiap pelajar harus tahu siapa kawan mereka, agar mereka tidak mudah dipengaruhi rakan untuk terlibat dengan dadah, rokok dan alkohol.


Persembahan pelajar




Para pelajar menerima hadiah berkaitan aktiviti yang telah dijalankan oleh S/U PPDa



Lawatan ke Sudut PPDa. (GPK Kurikulum, GPK HEM & GPK Kokurikulum)  


Perkhemahan Kadet Bomba Daerah Jerantut 2013

Ketua Unit SPK dan Penyelia Kokurikulum melihat khemah yang telah siap didirikan oleh pasukan Kadet Bomba. Perkhemahan tersebut telah dijalankan mulai 10-12 April 2013 di Pusat Kokurikulum Pedah.

Aktiviti berkaitan simulasi menyelamat mangsa yang tercedera.

Kadet Bomba bergotong-royong memotong daging untuk dijadikan hidangan makan malam.





Aktiviti memadamkan api mengikut sekolah



Ketua Unit SPK bersama Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah melihat bagaimana pelajar perkhemahan diberi latihan memadamkan api oleh pasukan Bomba Jerantut. Terima kasih jurulatih kerana memberi komitmen yang amat baik.

Tambah kapsyen




Tahniah Ketua Unit Pengurusan Sekolah

Tahniah kepada En. Rosli Abdul Mubim yang dinaikan pangkat sebagai Timbalan PPD  Kuala Lipis. Jasa dan bakti tuan semasa bertugas di PPD Jerantut amat dihargai. ........


Saturday, 4 May 2013

Majlis Semarakkan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM

Pahang merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSM kali Ke 55 yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 18 - 23 Mei 2013. Sempena dengan itu satu majlis untuk menyemarakan kejohanan telah diadakan pada 12 Mac 2013. 





KU SPK dan Penyelia Sukan PPD Jerantut
 bersama Maskot Kejohanan MSSM 2013

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Negeri Pahang

Bersama-sama Kontijen Daerah Jerantut semasa Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang. Majlis tersebut telah berlangsung pada 8 Mac 2013 di Kuala Lipis. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru pengiring/jurulatih Daerah Jerantut yang terlibat sepanjang perkhemahan.




Bersama-sama Tokoh Perasmi Dato, Mustafar Long
 semasa lawatan ke tapak perkhemahan




Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Jerantut

Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Jerantut telah berlangsung dengan jayanya di SMK PPP Tun Razak pada 6 Mac 2013. Tahniah kepada Penyelia Kokurikulum serta jawatankuasa yang berjaya menguruskan program dengan cemerlang. Terima kasih kepada pengurusan SMK PPP Tun razak yang memberi kerjasama dalam menjayakan program.
Penyelia Kokurikulum yang cemerlang bersama-sama barisan Pengetua, GPK dan Jurulatih yang hadir kemajlis tersebut
Juruacara Daerah Jerantut yang cemerlang semasa mengendalikan majlis
Ucapan Perasmian Penutupan oleh En. Adnan abdul Kadir,
Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut

Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta yang berjaya. TAHNIAH.......
Persembahan oleh pelajar yang berjaya...






Kejohanan Badminton MSSD Jerantut

Bersama-sama urusetia Kejohanan Badminton MSSD Jerantut yang telah berlangsung pada 5 Mac 2013 di Dewan  SMK Padang Saujana. Terima kasih kepada pengurusan SMK Padang Saujana dan PT Badminton daerah serta Jawatankuasa yang telah menjayakan kejohanan. Tahniah kepada pelajar dan jurulatih yang berjaya mengharumkan nama sekolah masing-masing.