Thursday, 21 June 2012

Perasmian Program Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya

16 Jun 2012, Pusat Kokurikulum Pedah - Program ini telah berlangsung selama 4 hari tiga malam iantu bermula 13 - 16 Jun 2012. Program ini merupakan program kerjasama PPD Jerantut dengan AADK daerah. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK serta semua pegawai yang berjaya melaksanakan kem dengan cemerlang. Tahniah juga buat En. Zainal selaku kem komanden dan En. Muhamad Faiz, Pegawai PPDa PPD Jerantut. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jurulatih dan agensi yang terlibat. Begitu juga kepada pengetua dan guru pengiring yang memberi kerjasama padu dalam menjayakan kem ini.

 Pelajar merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Golongan pelajar merupakan golongan yang amat siginifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang. Bagi anak pelajar yang terlibat dengan kem ini, jati diri dan kesanggupan untuk berubah amat penting bagi memasitkan diri bebas dari ancaman dadah. Justeru, peranan pelajar sebagai agen perubahan masyarakat amat penting. agen perubahan dalam erti kata sebenar adalah merujuk kepada dari kegelapan kepada kecerahan, dari akhlak yang kurang baik kepada manusia yang beradap dan dari kurang ilmu kepada mereka yang mengangkat martabat ilmu.
Bersama Ketua Pegawai AADK, Pegawai PPDa & Penyelaras Program
Perserta bersedia untuk pemeriksaan barisan
Ucapan Perasmian Penutupan Kem
Para pelajar didik dengan disiplin diri
Ketua kumpulan yang menerima hadiah aktiviti
Pegawai PPDa turut menerima cenderamata
Bersama barisan urusetia, jurulatih & perserta

Anugerah Hari Guru Negeri Pahang 2012

15 Jun 2012, Kuala Lipis - Tahniah buat warga SMK Inderapura yang menjadi Johan 3K peringkat negeri Pahang. Begitu juga  SMK Temin yang dinobatkan Johan Sudut PPDa negeri Pahang bagi tahun 2012. Anugerah ini telah diterima sempena sambutan hari guru negeri Pahang yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Lipis. Teruskan usaha kalian agar mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan. Tahniah juga buat En. Hadzmin Hamzah Penyelia HEM selaku penyelaras 3K dan En. Mohamad Faiz Mahayudin Pegawai Khas PPDa selaku penyelaras pertandingan sudut PPDa.
Pn. Rahana binti Abdul Malik, Pengetua SMK Inderapura

Cikgu Omar bin Aziz S/U PPDa SMK Temin



Thursday, 7 June 2012

Pencak Silat Sekolah-Sekolah Negeri Pahang 2012

KUANTAN- Kejohanan pencak silat sekolah-sekolah negeri Pahang telah berlangsung selama tiga hari mulai 4 - 6 Jun 2012 di SBPI Kuantan. Tahniah kepada kontijen Jerantut yang menduduki tempat ke3 keseluruhan negeri. Kontijen Jerantut telah meraih tempat ke-2 dan ke-3 bagi 9 acara dari 12 acara yang dipertandingkan.Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kontijen daerah Jerantut meraih kemenangan. Tahniah juga kepada PPD Kuantan yang telah berjaya menganjurkan kejohanan tersebut. Bagi pesilat-pesilat yang telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang ke kejohanan peringkat kebangsaan di Perlis diharapkan teruskan perjuangan. Semoga maju jaya.
Kontijen Jerantut

Wednesday, 30 May 2012

1 Murid 1 Sukan


Guru turut berperanan lahir jaguh sukan


Peserta kursus menunjukkan isyarat satu sebagai simbolik 1 Murid 1 Sukan di SMK Padang Saujana, Jerantut, baru-baru ini. - UTUSAN/M.Rizal Nor 
JERANTUT 29 Mei - Jasa dan pengorbanan guru tidak hanya terbatas melahirkan modal insan yang cemerlang dalam akademik sahaja bahkan warga pendidik juga merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan jaguh sukan negara.
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jerantut, Jamalruddin Samsudin berkata, guru memainkan peranan yang penting melahirkan seorang atlet berjaya.
"Sekolah umpama kilang yang mengeluarkan jaguh-jaguh sukan tanah air kerana bakat mereka bermula di bangku sekolah sebelum dikembangkan ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
"Jadi guru-guru yang ada di sekolah bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang akademik malah turut pakar dalam bidang sukan atau kokurikulum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Kursus Jurulatih Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan selama tiga hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana, di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Pengelola Cemerlang Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Hashim Abd. Rahim dan Penyelia Sukan PPD Jerantut, Supian Kasim.
Kursus tersebut disertai seramai 120 guru dari sekolah menengah dan rendah sekitar daerah ini yang dikendalikan jurulatih utama peringkat negeri melibatkan 10 jenis sukan termasuk bola sepak, bola tampar, ping pong dan badminton.
Jamalruddin berkata, kursus itu penting kerana semua pelajar sekolah sama ada menengah atau rendah perlu melibatkan diri sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan mulai tahun lepas.
"Kursus ini memberi latihan sempurna kepada para peserta bermula daripada pengenalan setiap sukan, peralatan digunakan, undang-undang dan cara bermain dan manipulasi alatan," ujarnya.
Menurutnya, kursus itu juga dapat melahirkan semangat kerjasama, komunikasi yang baik dan kreativiti guru untuk mengendalikan sesuatu jenis sukan bagi menarik minat pelajar.
Pada masa sama, peserta kursus turut diterapkan dengan cara-cara pengurusan kelab sukan, perancangan dan pengelolaan sesuatu kejohanan serta sistem pertandingan yang akan dijalankan.
"Saya berharap kursus ini dapat melahirkan guru-guru yang pakar dalam setiap jenis sukan yang dipertandingkan dan mereka berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang akan bergelar jaguh satu hari nanti selain memartabatkan sukan di daerah ini," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_07.htm

Sunday, 27 May 2012

TOT Kembali ke Sekolah & Jati Diri Pelajar

22 Mei 2012 - Taklimat atau bengkel berkaitan program kembali ke sekolah dan jati diri pelajar telah dijalankan bagi memberi penjelasan kepada fasilitator. Terima kasih kepada KZ, Kaunselor SMK Kerambit yang sudi hadir dan menyampaikan taklimat dalam bengkel tersebut. Program ini akan dilaksanakan secara serentak di seluruh Malaysia. Bagi program kembali ke sekolah akan dijalankan pada 12 Jun 2012 dan bagi program jati diri pada 19 Jun 2012. Di peringkat Daerah Jerantut SMK Jerantut akan menjadi tuan rumah bagi program kembali ke sekolah pada 12 Jun 2012. Manakala SMK Padang Saujana akan menjadi tuan rumah bagi program jati diri pada 19 Jun 2012.
KZ menyampaikan ucapan
Fasilitator yang dilantik

Majlis Penutupan Bola Jaring Negeri Pahang 2012

21 Mei 2012, SJK ( C ) Sungai Jan- Majlis penutupan telah diadakan dan majlis dirasmikan oleh Mantan Ketua Unit SPK PPD Jerantut, Tn. Hj. Ahmad Nazlan.Tahniah kepada semua jawatankuasa pengelola yang berjaya melaksanakan kejohanan yang bermula 18 Mei 2012.Terima kasih kepada Unit Sukan JPNP yang memberi kepercayaan kepada PPD Jerantut sebagai tuan rumah bagi kejohanan bola jaring kali ini. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya, bagi yang kurang berjaya boleh teruskan usaha.
Bersama Ketua Unit SPK PPD Maran

Sunday, 20 May 2012

Perasmian Pencak Silat Daerah 2012

Mewakili PPD bagi Merasmikan Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah
Daerah Jerantut 2012
Antara pesilat yang menerima sijil dan hadiah pencapaian
15 Mei 2012, SK Temin- Pertandingan pencak silat peringkat daerah telah dilaksana dengan jayanya. Tahniah kepada Penyelia Kokurikulum En, Shahrim bin Mohd Dahalan dan Jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan ini. Terima kasih dan tahniah kepada Tn. Hj. Hamidun bin Abu bakar selaku Pengerusi Pengelola dan En. Junadi bin Abas GPK Kokurikulum SK Temin selaku Pengerusi Teknik Silat daerah. Terima kasih juga kepada semua juri yang telah membuat penilaian dengan teliti dan cemerlang. Bagi jurulatih-jurulatih silat dan guru pengiring, terima kasih atas kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam membimbing pelajar. Bagi pesilat yang berjaya tahniah diucapankan dan bagi yang kurang berjaya boleh cuba di lain masa. Saya selaku Ketua Unit SPK berharap agar kemahiran silat dapat digilap untuk semua pelajar terutamanyan yang tinggal di asrama. Tahniah dan syabas untuk semua yang terlibat.