Thursday, 27 June 2013

Robotik Negeri Pahang di SMKA TAHAP Jerantut

Persiapan Pertandingan .............
PPD Jerantut telah diamanahkan oleh Unit kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri selaku tuan rumah untuk pertandingan robotik bagi tahun 2013. Tahniah kepada semua yang berjaya..... Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut selaku wakil rasmi Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang.



En. Adnan bin abdul Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut
 melihat robot yang dicipta oleh peserta....


Ketua Kontijen MSSM Bola Keranjang di Pulau Pinang

TAHNIAH - Pasukan Lelaki B12, Naib Johan Kebangsaan





Sunday, 9 June 2013

Taklimat Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2008

KUANTAN - Taklimat Juru Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Zon Timur telah diadakan di De Rhu Beach Resort Kuantan pada 28 - 30 Mei 2013. Juru Audit yang hadir terdiri dari Negeri Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya.




Kejohanan MSSM Balapan & Padang 2013

Kuantan- Kejohanan MSSM Balapan & Padang kali  Ke 55 berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan mulai 19 - 23 Mei 2013. Semua Ketua Unit dan Penyelia Sukan PPD Negeri Pahang ditugaskan sebagai Urus Setia sepanjang kejohanan bermula 17.5.2013 hingga 24.5.2013.
Majlis perasmian pembukaan Kejohanan MSSM Balapan & Padang pada 18 Mei 2013. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ucapan tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan MSSM. Kejohanan MSSM merupakan platform yang terbaik dalam usaha mengcukil bakat baharu. Kejohanan yang dianjukan ini dapat menyediakan ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat dan meningkatkan potensi diri atlit untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya bidang sukan merupakan aktiviti yang dapat memenuhi keperluan disiplin dan sahsiah diri dalam membentuk modal insan yang sempurna.
Ketua Unit SPK PPD Raub dan PPD Kuantan

Ketua Unit SPK PPD Maran

Ketua Unit SPK PPD Raub dan PPD Jerantut









Saturday, 8 June 2013

MS ISO 9001:2008

Camaron Highland - Barisan JK MS ISO 9001:2008 Negeri Pahang 2013 yang terdiri daripada Timbalan PPD (Pengurus Kualiti), Pegawai Kualiti dan Penolong Pegawai Kualiti. Turut bersama ialah Ketua Juruaudit JPN Pahang, En Ramlan bin Kamrin.
Taklimat MS ISO 9001:2008 Negeri Pahang  ini telah diadakan di PPD Cameron Highland pada 14 dan 15 Mei 2013. Fokus taklimat ini ialah bagi memperkukuhkan peranan PPD dalam memastikan Prosedur Kualiti dipatuhi dan dikawal dengan baik. Pemantapan pengurusan audit dalam amat penting dalam memastikan pengurusan yang dilaksanakan di lokasi memenuhi kehendak pelanggan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Taklimat selama 2 hari ini juga dimantapkan lagi dengan taklimat "Coaching & Mentoring" oleh Tn Hj Zaberi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, JPNP Pahang.


Pertandingan Silat Seni Negeri Pahang 2013

PEKAN - Pertandingan Silat Seni Sekolah Negeri Pahang telah berlangsung di SMK Seri Pekan pada 10 - 12 Mei 2013. Majlis penutupan pertandingan telah disempurnakan oleh En. Rosdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Tahniah kepada pelajar daerah Jerantut yang berjaya dalam pertandingan tersebut. 3 orang pelajar SMK Lepar Utara telah menjadi Johan dan terpilih mewakili Negeri Pahang ke pertandingan peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada jurulatih daerah Jerantut yang begitu semangat melatih para pesilat.

Kejohanan MSSP Bola Keranjang 2013

Pengerusi Teknik  Bola Keranjang Negeri, Ketua Unit Sukan JPNP, Ahli Parlimen Jerantut,

 Ketua Unit SPK PPD Jerantut, Penyelia Sukan PPD Temerloh & Penyelia Sukan PPD Jerantut
JERANTUT- Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mengelolakan Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Negeri yang berlansung di Dewan SKJ ( C ) Sungai Jan dan Dewan JKKK Sungai Lekok pada 8 - 11 Mei 2013.  Ahli Parlimen Jerantut, YB. Tn. Hj. Ahmad Nazlan telah menyempurnakan majlis penutupan kejohanan di Dewan JKKK Sungai Lekok pada 11 Mei 2013 . Ucapan tahiah oleh YB kepada pasukan yang menang. Bagi pelajar yang terpilih mewakili kontijen Pahang berusahalah bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 3 - 7 Jun 2013. Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang, En. Jalaludin Ismail turut hadir semasa majlis penutupan kejohanan tersebut.
Ketua Unit SPK, Pengerusi Teknik Negeri, Penyelia Sukan & Pengerusi Teknik Daerah

Aksi pemain bola keranjang