Saturday 13 October 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Perlu Disampaikan Kepada Semua Pegawai

13 Oktober 2012 - PPD Jerantut, taklimat berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada pegawai-pegawai di pejabat telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.Taklimat bagi bab 1,2 dan 3 telah disampaikan oleh En. Adnan bin Abdul Kadir, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Bab 1,2 dan 3 memberi tumpuan kepada Konteks, Aspirasi dan Prestasi Semasa. Bagi bab 3 dan 4 yang memberi tumpuan berkaitan Pembelajaran Murid serta Guru dan Pemimpin Sekolah telah disampaikan oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua unit SPK. Manakala bagi bab 6, 7 dan 8 pula yang berkaitan Tranformasi Kementerian, Struktur Sistem dan Pelaksanaan Pelan Tindakan telah disampaikan oleh En. Rosli bin Mubin, Ketua Unit Pengurusan Sekolah.
Tranformasi Pendidikan ini melibagkan tiga gelombang yang bermula 2013 dan berakhir 2025. Pada Gelombang Pertama ia memberi tumpuan untuk mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memfokuskan kemahiran utama melalui:-
1. Menambahbaik pengajaran di bilik darjah.
2. Meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah.
3. Meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris
 
Bagi Gelombang ke dua pula memacu kecekapan sistem dengan melaksanakan perubahan struktur termasuklah:-
1. Melaksanakan pakej kerjaya bahru.
2. Menstruktur semula KPM.
3. Memperkenalkan KSSM dan KSSR yang disemak.
 
Manakala bagi Gelombang ke tiga mengajak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri yang meliputi:-
1. Meningkatkan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya.
2. Menggerakkan pengurusan berasaskan sekolah.
3. Menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
 
Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan pegawai yang hadir dan memberi komitmen sepenuhnya dalam taklimat ini.
 
En. Adnan bin Abdul Kadir, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut
Jamalrudin bin Hj. Samsudin
En. Rosli bin Abdul Mubin
 
 

No comments:

Post a Comment