Tuesday 12 March 2013

Kejohanan Memanah MSS Pahang di Jerantut

22- 25 Februari 2013 - Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah diamanahkan sebagai tuan rumah Kejohanan Memanah MSSP 2013. SMKA TAHAP merupakan venu kejohanan bagi tahun ini. Terima kasih kepada Pengetua dan warga sekolah yang memberi kerjasama menjayakan kejohanan. En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para atlit yang berjaya. Tahniah kepada atlit yang berjaya meraih kejayaan, bagi yang kurang berjaya teruskan usaha .
Tahniah kepada Penyelia Sukan PPD Jerantut, En. Mohd Sopian bin Mohd Kasim kerana berjaya menguruskan kejohanan dengan baik bersama pengerusi Teknik Negeri dan Pengerusi Teknik Memanah Daerah Jerantut. 
Suasana kejohanan, keadaan cuaca yang baik.

Sebahagian petugas-petugas kejohanan. Terima kasih dan tahniah atas sumbangan tuan-tuan dan  puan-puan dalam menjayakan kejohanan ini. Kerjasama semua pihak amat dihargai.



Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh En. Jalaludin bin Ismail, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang. Beliau mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan. Harapan beliau agar kontijen Pahang akan memberi persembahan terbaik sewaktu Kejohanan MSSM kelak.





No comments:

Post a Comment