Friday 13 April 2012

PELANCARAN GURU PENYAYANG DAERAH JERANTUT

SMK INDERAPURA - Pelancaran guru penyayang peringkat daerah Jerantut telah dijalankan pada 1 Mac 2012. Semasa pelancaran ini semua pengetua dan guru besar daerah Jerantut dijemput turut serta menyambut ketibaan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan semasa pelancaran ini ziarah pelajar belajar di dalam kelas, meraikkan hari lahir guru dan murid. Pelancaran guru penyayang telah dirasmikan oleh En. Adnan bin Abdul Kadir, Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Terima kasih kepada Pengetua SMK Inderapura dan warga sekolah yang telah memberi kerjasama selaku tuan rumah bagi majlis pelancaran.
Pelaksanaan amalan guru penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah selaras dengan Surat Siaran KPPM Bilangan 4 Tahun 2012 "PELAKSANAAN AMALAN GURU PENYAYANG"

Ketua Unit SPK menyambut ketibaan pelajar pertama yang hadir ke sekolah

Guru SMK Inderapura
Pengetua Pn. Rahana binti Abdul Malik dan guru-guru SMK Inderapura menunggu ketibaan pelajar
Penyelia HEM PPD Jerantut, En Hadzmin bin Hamzah


GPK HEM SMK Inderapura membetulkan tali lehir pelajar




En. Adnan Abdul Kadir Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut merainkan kehadiran pelajar




Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut, En Firdaus bin Shuaib mengalu-alukan kehadiran pelajar


Pengerusi Majlis Guru Besar, Tn. Haji Hamidon Abu Bakar



No comments:

Post a Comment