Tuesday 25 September 2012

Program Ziarah Cakna Asrama & Majlis Berbuka Puasa SK Kuala Tahan

14 Ogos 2012 - Program ziarah cakna dan majlis berbuka puasa telah dijalankan di SK Kuala Tahan. Kami tiba di SK Kuala Tahan jam 7.00 malam, program bermula dengan lawatan ke sekitar bilik penginapan dan dewan makan asrama. Didapati suasana fizikal dan keceriaan serta kebersihan dapat dikawal sebaiknya. Setelah itu, kami melihat murid bersedia untuk majlis berbuka puasa. Semua murid berada dalam keadaan tenang mengamimkan doa yang dibaca oleh wakil murid. Setelah selesai berbuka puasa kami terus ke surau untuk mengerjakan solat Maghrib dan Solat Hajat. Tazkirah "Insan Cemerlang" disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zuki yang dibawa khas dari SMKA TAHAP. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih. Rombongan turut melihat bagaimana proses berlajar malam dalam kalangan murid asrama dilaksanakan. Ketua Unit SPK turut menyampaikan motivasi kepada murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Tahniah dan terima kasih kepada pengurusan sekolah, GPK, penyelia asrama, warden asrama, PPM asrama, pengusaha makanan asrama, guru-guru, murid-murid serta seluruh warga SK Kuala Tahan yang dapat menguruskan asrama dengan baik. Diharapkan kecemerlangan sahsiah dan akademik dapat dicapai oleh semua murid SK Kuala Tahan.
Rombongan PPD disambut mesra oleh warga SK Kuala Tahan
.
Tahniah..... Dewan makan asrama memperolehi A
Ketua Unit Pengurusan Sekolah melihat makanan murid yang disediakan
KU Pengurusan Sekolah, Penyelia Sekolah Rendah, Guru Besar & Penyelia Kokurikulum
Ceramah Insan Cemerlang oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Zuki (SMKA TAHAP)
Penyelia HEM bersama Guru Besar SK Kuala Tahan

KU SPK melihat proses belajar malam murid asrama
Guru Besar turut melihat proses belajar malam
Motivasi oleh KU SPK PPD Jerantut
Minum malam bersama murid asrama
Mencatat kehadiran dalam buku lawatan sekolah dan asrama

No comments:

Post a Comment