Saturday, 6 October 2012

Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan turut terlibat dalam Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang diadakan di IAB Genting. Taklimat tersebut telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 3 Oktober 2012 hingga 5 Oktober 2012.Banyak input yang diperolehi melalui sesi pembentangan dan dialog sepanjang tempoh tersebut. Petikan kata-kata YAB Tan Sri Dato, Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, melalui buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. "Kerajaan Komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat gelobal".
En. Rosli Abdul Mubim, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Jerantut
Bersama Ketua Unit Kualiti JPN Perak
Dr. Habibah membentangkan PPPM
Antara objektif taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Wakil Negeri Pahang yang memberi pandangan dalam sesi dialog

No comments:

Post a Comment