Saturday, 13 October 2012

Traning Of Trainer Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Bengkel dalam kumpulan
Wakil kumpulan menjelaskan maklumat yang dibincangkan kepada kumpulan lain
Inilah hasil perbincangan setiap kumpulan
Barisan pegawai PMO

Setiap individu dalam kumpulan memberi pendapat berkaitan PPPM
Pegawai dari negeri Pahang bergambar kenangan dengan pegawai PMO


8-10 Oktober 2012 - New York Johor Bahru, Semua pegawai yang telah mengikuti taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia pada 3-5 Oktober 2012 di IAB Genting Pahang terlibat secara langsung dalam Traning Of Trainer (TOT).Traning Of Trainer (TOT) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah disampaikan oleh pegawai dari PMO yang terdiri daripada DR. Yusof, Dr. Rusli dan Dr. Haryati. Pegawai-pegawai yang terlibat dengan TOT diminta pula untuk menyampaikan maklumat kepada semua pegawai di jabatan dan  pejabat pelajaran daerah masing-masing. Banyak maklumat dan kaedah yang dipelajari melalui TOT tersebut. Setiap pegawai dimantapkan dengan isi kandungan dan matlamat Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Setiap individu harus sedar PPPM ini menekankan matlamat memenuhi aspirasi murid yang meliputi pengetahuan, kemahiram memimpin, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, etika dan kerohanian dan identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 

Saturday, 6 October 2012

Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan turut terlibat dalam Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang diadakan di IAB Genting. Taklimat tersebut telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 3 Oktober 2012 hingga 5 Oktober 2012.Banyak input yang diperolehi melalui sesi pembentangan dan dialog sepanjang tempoh tersebut. Petikan kata-kata YAB Tan Sri Dato, Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, melalui buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. "Kerajaan Komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat gelobal".
En. Rosli Abdul Mubim, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Jerantut
Bersama Ketua Unit Kualiti JPN Perak
Dr. Habibah membentangkan PPPM
Antara objektif taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Wakil Negeri Pahang yang memberi pandangan dalam sesi dialog

Majlis Resensi Buku Bersama Pengarah Pelajaran Negeri Pahang

Unit SPK terlibat secara langsung dalam pengurusan majlis
Ketibaan Pengarah Pelajaran Pahang disambut oleh Timbalan Pegawai Pelajaran dan Kaunselor Organisasi
Pengarah Pelajaran pahang tertarik dengan pelbagai kaedah persembahan
Anatara guru-guru yang hadir
Persembahan Nasyid oleh pelajar SMKA TAHAP
Sebahagian daripada guru yang terlibat dalam pembentangan
Resensi buku oleh Guru Besar SK Kampung Pagi
Deklamasi Sajak oleh guru dari SMKA TAHAP Jerantut
Ucapan Pengarah Pelajaran Pahang


Tuesday, 2 October 2012

Majlis Penutupan Karnival RIMUP & Semarak Merdeka 2012

Ucapan Aluan Oleh Pn. Ruhaizah binti Yusop (GPK Pentadbiran)

Ucapan Perasmian Oleh En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin ( KU SPK)
Semua murid SK Temin terlibat dalam majlis penutupan
Persembahan Qalam Jemain (Tahun 4)
 Persembahan Sajak (Tahun 5)
Persembahan Pentomen (Tahun 6)
Pasukan Koir (Kelab Doktor Muda)
Murid dan guru menyanyikan lagu patrotik bersama-sama
Turut mengiringi (GPK Pentadbiran, GPK HEM & GPK Kokurikulum)
Penyampaian hadiah kepada murid
 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program RIMP sejak tahun 1986. KPM memandang berat akan pentingnya menjalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud persefahaman dan berbaik sangka. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini perlu dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam kalangan masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni, sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai wargenegara kita seharusnya rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka. Dengan nikmat kemerdekaan, kita dapat hidup dengan lebih selesa, harmoni dan makmur. Perpaduan adalah satu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya. oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk serta dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Majlis Penutupan Karnival RIMUP dan Semarak Merdeka 2012 peringkat SK Temin kerana usaha gigih merencanakan, merancang dan menzahirkan pelbagai aktiviti yang telah direalisasikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya aktiviti yang telah dijalankan kesemuanya berpaksikan kepada satu matlamat iaitu menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan murid dan warga sekolah. Inilah masanya bagi kita meluahkan rasa kencintaan buat negara Malaysia yang tercinta.
 
 
 

Sunday, 30 September 2012

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Daerah Jerantut

22 September 2012 - SK Jerantut Jaya telah dipilih sebagai lokasi bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Daerah Jerantut pada kali ini. Tahniah kepada semua Jawatankuasa yang telah menunjukkan satu gerak kerja yang begitu mantap. Terima kasih juga kepada Dato' Lau Lee yang sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Penyampaian Cenderamata telah diadakan sebagai tanda perasmian.
Persembahan murid-murid
Penyampaian hadiah kepada murid oleh Penyelia Kokurikulum
Penyampaian hadiah kepada murid oleh Ketua Unit SPK
Ucapan Perasmian oleh Dato' Lau Lee ADUN Damak

Penyampaian hadiah kepada guru oleh ADUN Damak