Ucapan perasmian oleh En. Mohamad Shohaimi ADUN Kawasan Lepar |
Bersama ADUN Kawasan Lepar |
Persembahan murid SK Lepar Utara 1 |
Pameran Kesihatan oleh sekolah yang terlibat |
Johan Keseluruhan SK Temin |
27 Jun 2012- SK Lepar Utara 1, Konvokesyen Doktor Muda Peringkat Daerah Jerantut telah berjaya dijalankan. Tahniah kepada SK Temin yang menjuarai keseluruhan kategori. Tahniah juga kepada murid-murid yang berjaya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh ADUN Lepar. Tahniah dan terima kkasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah berjaya menguruskan majlis dengan cemerlang. Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, PIBG SK Lepar Utara 8 dan semua yang terlibat.
Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah yang selaras dengan objektif dan strategik PBSS. Program yang berpusat di sekolah (Schoool-based program) ini bermatlamat melahirkan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berupaya menjadi agen mempromosikan kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta masyarakat umum.
Program Doktor Muda menggunakan rangka kerja "Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat" yang berasaskan kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak sekolah, ibu bapa dan kesihatan

No comments:
Post a Comment