|
Taklimat oleh GPK Kokurikulum |
|
Kedatangan pelajar dicatatkan |
|
KU SPK, YDP PIBG & Penyelia Sukan |
|
Ucapan Perasmian oleh KU SPK |
|
Penyelia Sukan & KU SPK PPD Jerantut |
|
KU SPK, GPK Pentadbiran, YDP PIBG & CC SMK Padang Saujana |
|
Para guru yang terlibat |
SMK Padang Saujana, 10 Julai 2012- Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah telah dijalankan di sekolah berkenaan. Alhamdulillah, saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita menjayakan Program Senamrobik yang dilancarkan serentak di seluruh negara pada pagi yang berbahagia ini.
Program Senamrobik ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertetapan dengan dasar kerajaan untuk memupuk gaya hidup sihat bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para guru juga.
Program senamrobik ini kelihatan mudah dan ringkas, hakikatnya ia memberi impak yang besar kepada pencapaian akademik pelajar. Ungkapan "minda yang cerdas datangnya dari badan yang sihat" itu tidak boleh dinafikan lagi. Pelajar yang sihat badanya, sihat mindanya mampu mendepani masalah dengan bijaksana dan berhemah terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi yang begitu hebat hari ini.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Program Senamrobik SMK Padang Saujana serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang dicurahkan, sudah tentu program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan lancar dan berkesan.
Tahniah..
ReplyDelete