Sunday 26 August 2012

Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Kementeriaan Pelajaran Malaysia telah menyediakan sistem penarafan keselamatan yang bertujuan agar sekolah dapat membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Sistem ini dibangunkan secara online dan telah dirintis oleh semua sekolah pada bulan Mac 2012.
Sehubungan itu, pihak sekolah perlu menggunakan sistem SPKS secara online bagi fasa kedua. Pihak sekolah perlu menglengkapkan instrumen keselamatan tersebut bermula 1 Ogos 2012 dan berakhir pada 31 Ogos 2012. Sistem ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/spks
Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah melengkapkan instrumen keselamatan tersebut.

No comments:

Post a Comment