SMK Padang Saujana, 7 ogos 2012 - Pelancaran bulan kemerdekaan dan program RIMUP peringkat sekolah telah diadakan. Tahniah kepada pengurusan sekolah yang telah berjaya melaksanakan pelancaran tersebut. Terima kasih juga kerana sudi menjemput saya selaku tokoh untuk menjayakan pelancaran bulan kemerdekaan dan program RIMUP. Pelajar perlu diterapkan dengan nilai-nilai perpaduan dan patrotik agar mereka menghayati erti kemerdekaan. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan
menghayati erti kemerdekaan. Peranan kita pada hari ini adalah memenuhi
dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat
dipertahankan dan dikekalkan.
No comments:
Post a Comment