Sunday 9 June 2013

Kejohanan MSSM Balapan & Padang 2013

Kuantan- Kejohanan MSSM Balapan & Padang kali  Ke 55 berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan mulai 19 - 23 Mei 2013. Semua Ketua Unit dan Penyelia Sukan PPD Negeri Pahang ditugaskan sebagai Urus Setia sepanjang kejohanan bermula 17.5.2013 hingga 24.5.2013.
Majlis perasmian pembukaan Kejohanan MSSM Balapan & Padang pada 18 Mei 2013. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Ucapan tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan MSSM. Kejohanan MSSM merupakan platform yang terbaik dalam usaha mengcukil bakat baharu. Kejohanan yang dianjukan ini dapat menyediakan ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat dan meningkatkan potensi diri atlit untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Sesungguhnya bidang sukan merupakan aktiviti yang dapat memenuhi keperluan disiplin dan sahsiah diri dalam membentuk modal insan yang sempurna.
Ketua Unit SPK PPD Raub dan PPD Kuantan

Ketua Unit SPK PPD Maran

Ketua Unit SPK PPD Raub dan PPD Jerantut









No comments:

Post a Comment