Saturday 8 June 2013

Kejohanan MSSP Bola Keranjang 2013

Pengerusi Teknik  Bola Keranjang Negeri, Ketua Unit Sukan JPNP, Ahli Parlimen Jerantut,

 Ketua Unit SPK PPD Jerantut, Penyelia Sukan PPD Temerloh & Penyelia Sukan PPD Jerantut
JERANTUT- Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut telah diamanahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mengelolakan Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Negeri yang berlansung di Dewan SKJ ( C ) Sungai Jan dan Dewan JKKK Sungai Lekok pada 8 - 11 Mei 2013.  Ahli Parlimen Jerantut, YB. Tn. Hj. Ahmad Nazlan telah menyempurnakan majlis penutupan kejohanan di Dewan JKKK Sungai Lekok pada 11 Mei 2013 . Ucapan tahiah oleh YB kepada pasukan yang menang. Bagi pelajar yang terpilih mewakili kontijen Pahang berusahalah bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 3 - 7 Jun 2013. Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang, En. Jalaludin Ismail turut hadir semasa majlis penutupan kejohanan tersebut.
Ketua Unit SPK, Pengerusi Teknik Negeri, Penyelia Sukan & Pengerusi Teknik Daerah

Aksi pemain bola keranjang 



No comments:

Post a Comment